Tuesday, October 13, 2009

Pertama Kali di Jabatan Bekalan Air

Sesiapa yang duduk di Negeri Sembilan, mesti tahu kan kat mana JBA, kat sebelah pasar tu, tepi jalan je. Minggu sudah buat pertama kalinya akak kesitu untuk membuat pembayaran dan penyambungan semula. Setelah menunggu agak seketika sebab JBA tak guna sistem nombor, dapat lah akak duduk untuk berurusan.
Akak pun bagi lah nama si POLAN binti SIPOLAN seperti yang tercatit dalam bil, maka dengan bangganya budak kaunter itu menyatakan tiada nama seperti itu di dalam sistem. Akak pun dengan dengan lembutnya meminta dia cek semula dengan menggunakan alamat rumah pula, juga dengan bangganya sekali lagi budak kaunter itu menyatakan tiada di dalam sistem.
Mengikut pemikiran akak, adalah tidak logik tiada di dalam sistem kerana setiap bulan bil tetap dihantar. Maka budak kaunter itu dengan bangganya sekali lagi meminta akak membawa bil rumah jiran sebelah, apa kejadah nya pulak lah bil jiran sebelah.
Maka dengan hilang sabarnya akak berkata :

akak ---- " bagi saya jumpa pegawai awak"
budak kaunter ----- " tu pegawai kat dalam, pegi masuk ikut pintu tu"

akak pun masuk dan menceritakan apa yang terjadi pada pegawai itu, dan meminta pegawai itu memeriksa sekali lagi. Hanya dengan sekali enter sahaja, semua maklumat yang di ingin terpapar. Maka selesai lah apa yang akak inginkan. Akak pun keluar dari bilik pegawai tu dan singgah semula di kaunter tadi dan berkata :

akak ---- " dik kenapa pegawai awak buat OK je, ni ada dalam sistem, akak tak paham lah, samada sistem awak yang outdated atau awak yang bute IT "
budak kaunter ---- " oh iya ke? meh sini kak saya nak tengok ( saya pun menghulurkan apa yang telah di print oleh pegawai tadi )
budak kaunter ---- " ohhhhh tadi saya cek nama POLAN ni dengan 2 OO ( POOLAN )
akak ----" leeeer, ko ni bangan ke apa ? akak pun terus berlalu

itu lah dia tadi kisah di JBA Seremban, amat membuatkan akak sesak nafas seketika, agak nya patut ke akak mengadu kat Pak Hassan atau Pak Najib?

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment