Thursday, October 8, 2009

Cikgu Zabedah / Warden Asrama Puteri 1984/85

Cikgu Bedah ( macam dalam cerita Adik Manja pulak )

Itu lah cikgu yang telah berjasa menjaga kita orang selama 2 tahun.  Sebagai cikgu dan merangkap warden asrama, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa cikgu ni hadapi.  Faham-faham je la perangai kita orang ni, terutama geng KL  ( budak KL sila angkat tangan, ngaku ya ).

Macam akak ni, budak Tanjung Ipoh, kira budak kampung je, memang sedar diri la walaupun terlajak jugak kadang-kadang tu. Lain la, Rohani Ishak, Sharimah Yusof, Sulaiman geng Bahau lagi dikategorikan budak baik ...ahaks.

Kami sedang merancang nak pegi ke rumah Cikgu Bedah ni setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Dekat je kat Port Dickson, on the way ke Bagan Pinang, haah popular sekarang ni Bagan Pinang, Masalah sekarang ni sedang mencari tarikh yang sesuai. tapi disini akak ingin memberi amaran pada sesiapa yang merancang tu, weiii jangan la pegi tarikh 10hb atau 18hb tu, akak ade misi penting, tak bleh pegi.

Oleh itu dengan riak dan bangganya akak mencadangkan minggu berikut nya, 25hb Okt. 2009. OK, semua setujuuuuuuuuuuuuuu !

Jumpa lagi.



1 comment:

  1. mmg tak boleh pun 18hb, baru lagi ckgu Bedah sms ckap ada kenduri arwah kat rmh dia sbb mak dia baru meninggal 18 ramadhan tu ari. So...akan ditunda lagi lah gamaknya...tunggu dia sendiri bagi tarikh

    ReplyDelete