Saturday, April 24, 2010

Jalan-Jalan Ke Bandung

Destinasi percutian bagi tahun 2009 kami ke Bandung. Disebabkan masa yang tidak mengizikan pada penghujung 2009 maka ia telah ditangguhkan ke tahun 2010.

1/4/2010 yang lalu saya dan seluruh ahli keluarga telah ke Bandung. Memang dah lama saya ingin bercuti dan shopping kesana seperti ramai rakan blog bercerita. Saya turut di sertai oleh kakak, abang, ayah, dan keluarga kakak ipar. Memang meriah betul percutian kali ini.

Bandung memang seperti yang dibaca adalah tempat shopping pelbagai barang. Factory outlet berbagai-bagai jenama sampai rambang mata. Bagi kaum wanita kasut dan handbag memang menjadikan kita terkedu dan terduduk sekejap. Pilihan warna dan gaya yang mempesonakan.

Tetapi ia bukan lah kota yang selesa. Jalan raya sentiasa sibuk dan sesak. Kita tidak selesa berjalan disana kerana kita akan dihimpit oleh penjual jalanan yang mendesak kita membeli barangan mereka. Kita akan sentiasa di ekori, namum kami bernasib baik kerana Pak Agus ( tour guide ) begitu teliti dengan perjalanan kami. Kami sentiasa di awasi dan diberikan panduan setiap masa.

Nanti akak akan post gambar-gambar di sekitar Bandung. Jumpa lagi.

Tahun 2010

Lamanya akak tidak mengemaskini blog ni ....kalau rumah betul dah lama runtuh agaknya. Ada banyak masalah dan kejadian yang tidak di duga berlaku di akhir tahun lepas yang menyebabkan akak seperti sedikit hilang semangat.

Namun kehidupan harus diteruskan. Percaya kepada ketentuan Allah, dan akak yakin apa yang berlaku pasti ade hikmah yang tersembunyi. Pasti ada sinar cerah yang sedang menanti.

Awal tahun 2010 akak telah berpindah ke Seremban, negeri akak supaya lebih dekat dengan abang-abang dan kakak serta Ayah. Senang cerita senang nak balik kampung buat lemang dan rendang.

Jumpa lagi.

Tuesday, December 1, 2009

Chenta Kek Coklat

Chenta Kek Coklat 1.5kg dengan hiasan bunga ros yang 100% coklat.
Selamat Hari Raya Aidil Adha .....akak terlambat wish sebab akak leka dah asik, cuti sakan. Tapi ada kawan akak tu lagi laa, beraya sakan dengan kengkawan baik dia, sampai lalu depan umah akak pun dia tak singgah. Akak nampak dia lalu, tapi nak baling tak sompek .....biaweh mudo tak ado.

Apa pun entri akak hari ini, nikmatilah kek coklat akak, hasil tangan akak dengan bunga ros yang terkini, sodap tak yah citor lah, tanya pada yang telah merasa.

Pesanan boleh dibuat pada bila-bila masa. Kengkawan akak yang nak jadi agen akak, sila lah umum di blog masing-masing.






Tuesday, November 17, 2009

Hari Anugerah Cemerlang SK Kelana Jaya 1

17hb November 2009 adalah hari anugerah cemerlang sekolah Danial.
Ni la serba sedikit n3 pasal majlis yang akak pergi semalam. Gambar dari handphone cap ayam akak camni la ...kelabu asap.

Atas ni persembahan dikir barat.

Sijil dan trofi sebagai salah seorang pelajar cemerlang

Ariff Danil di atas pentas

Haah ni paling best. Shuffle dance ...mak aii!
Buku aturcara







Thursday, November 5, 2009

Danial Ponteng ...Lepak Ofis Emak


Bujang akak, Danial pagi ni tak pegi sekolah agama. Alasan penat dan exam dah abis. Ikut mak pegi ofis, sebelum tu singgah kedai mamak bawah. Dia pekena roti kosong 2 keping dan milo ais. Perhhhhhh.
Naik ofis mak, tengok lah sendiri apa dia bikin. Lepak tengok tv dengan aman damainya. Wahhhhh, akak pun nak join Danial lah .....bye

Sunday, November 1, 2009

Sandal Crocs


Ni lagi satu menatang yang akak dah lama berangan. Setiap kali lalu kat butik Crocs di Subang Parade tu, mesti singgah belek-belek. Rega lebih kurang sama dengan hand bag Carlo Rino atau Guess.


Juga tanpa di duga akak dapat jugak akhirnya ....excited lagi. Kalau abah akak tau ni ...mesti ayat ini kuar dari mulut dia. " Buek apo boli mahal, lotak kek kaki yo, pijak ari- ari"


Tapi abah mesti tak tau sandal ni mahal sebab rupo dia samo cam kasut roba ( rubber ) motong gotah dio. Gerenti abah ingat akak boli RM9.90 yo.


Sofa Baru



Dah lama akak mengidam nak sofa yang kain bunga-bunga style english ni, sekarang akak dah dapat ...baru kuar dari plastik je tu ...


Akak excited, malas citer banyak ....Layannnnnn !