Saturday, April 24, 2010

Jalan-Jalan Ke Bandung

Destinasi percutian bagi tahun 2009 kami ke Bandung. Disebabkan masa yang tidak mengizikan pada penghujung 2009 maka ia telah ditangguhkan ke tahun 2010.

1/4/2010 yang lalu saya dan seluruh ahli keluarga telah ke Bandung. Memang dah lama saya ingin bercuti dan shopping kesana seperti ramai rakan blog bercerita. Saya turut di sertai oleh kakak, abang, ayah, dan keluarga kakak ipar. Memang meriah betul percutian kali ini.

Bandung memang seperti yang dibaca adalah tempat shopping pelbagai barang. Factory outlet berbagai-bagai jenama sampai rambang mata. Bagi kaum wanita kasut dan handbag memang menjadikan kita terkedu dan terduduk sekejap. Pilihan warna dan gaya yang mempesonakan.

Tetapi ia bukan lah kota yang selesa. Jalan raya sentiasa sibuk dan sesak. Kita tidak selesa berjalan disana kerana kita akan dihimpit oleh penjual jalanan yang mendesak kita membeli barangan mereka. Kita akan sentiasa di ekori, namum kami bernasib baik kerana Pak Agus ( tour guide ) begitu teliti dengan perjalanan kami. Kami sentiasa di awasi dan diberikan panduan setiap masa.

Nanti akak akan post gambar-gambar di sekitar Bandung. Jumpa lagi.

Tahun 2010

Lamanya akak tidak mengemaskini blog ni ....kalau rumah betul dah lama runtuh agaknya. Ada banyak masalah dan kejadian yang tidak di duga berlaku di akhir tahun lepas yang menyebabkan akak seperti sedikit hilang semangat.

Namun kehidupan harus diteruskan. Percaya kepada ketentuan Allah, dan akak yakin apa yang berlaku pasti ade hikmah yang tersembunyi. Pasti ada sinar cerah yang sedang menanti.

Awal tahun 2010 akak telah berpindah ke Seremban, negeri akak supaya lebih dekat dengan abang-abang dan kakak serta Ayah. Senang cerita senang nak balik kampung buat lemang dan rendang.

Jumpa lagi.