Tuesday, October 13, 2009

Pertama Kali di Jabatan Bekalan Air

Sesiapa yang duduk di Negeri Sembilan, mesti tahu kan kat mana JBA, kat sebelah pasar tu, tepi jalan je. Minggu sudah buat pertama kalinya akak kesitu untuk membuat pembayaran dan penyambungan semula. Setelah menunggu agak seketika sebab JBA tak guna sistem nombor, dapat lah akak duduk untuk berurusan.
Akak pun bagi lah nama si POLAN binti SIPOLAN seperti yang tercatit dalam bil, maka dengan bangganya budak kaunter itu menyatakan tiada nama seperti itu di dalam sistem. Akak pun dengan dengan lembutnya meminta dia cek semula dengan menggunakan alamat rumah pula, juga dengan bangganya sekali lagi budak kaunter itu menyatakan tiada di dalam sistem.
Mengikut pemikiran akak, adalah tidak logik tiada di dalam sistem kerana setiap bulan bil tetap dihantar. Maka budak kaunter itu dengan bangganya sekali lagi meminta akak membawa bil rumah jiran sebelah, apa kejadah nya pulak lah bil jiran sebelah.
Maka dengan hilang sabarnya akak berkata :

akak ---- " bagi saya jumpa pegawai awak"
budak kaunter ----- " tu pegawai kat dalam, pegi masuk ikut pintu tu"

akak pun masuk dan menceritakan apa yang terjadi pada pegawai itu, dan meminta pegawai itu memeriksa sekali lagi. Hanya dengan sekali enter sahaja, semua maklumat yang di ingin terpapar. Maka selesai lah apa yang akak inginkan. Akak pun keluar dari bilik pegawai tu dan singgah semula di kaunter tadi dan berkata :

akak ---- " dik kenapa pegawai awak buat OK je, ni ada dalam sistem, akak tak paham lah, samada sistem awak yang outdated atau awak yang bute IT "
budak kaunter ---- " oh iya ke? meh sini kak saya nak tengok ( saya pun menghulurkan apa yang telah di print oleh pegawai tadi )
budak kaunter ---- " ohhhhh tadi saya cek nama POLAN ni dengan 2 OO ( POOLAN )
akak ----" leeeer, ko ni bangan ke apa ? akak pun terus berlalu

itu lah dia tadi kisah di JBA Seremban, amat membuatkan akak sesak nafas seketika, agak nya patut ke akak mengadu kat Pak Hassan atau Pak Najib?

Jumpa lagi.

Monday, October 12, 2009

Bekas Kuih Raya



Kita masih lagi dalam suasana hari raya.  Bila berkunjungan apakah yang kita akan perhatikan. Kuih dalam bekas atau bekas kuih itu?  Mesti macam-macam bentuk bekas kuih raya yang kita akan jumpa.  Ada yang dengan riaknya berkata " ohh bekas ni beli kat London " ...haah kelas gitu !

Tapi cuba tengok entri akak kali ini.  Bekas kuih raya beli kat pekan Kuala Pilah sekitar 80an yang kini menjadi rebutan .  Tapi cuma ada 4 biji sahaja.  Entri ini ditujukan pada Yatt & Matahari.

Jumpa lagi.

Saturday, October 10, 2009

Luqman & Deena

Ini Deena dan Luqman.
Mereka bukan adik beradik tetapi yang menjadikan mereka berdua sama ialah mereka baru sahaja mendapat adik perempuan. Untuk ibu mereka, TAHNIAH dengan kehadiran baby baru.
Gambar baby tak ada sebab akak belum dapat melawat mereka. Mintak maap la ya!











Hospital Sungai Buluh

Tengok tu, nampak cam ala-ala hotel kan?
Bilik ini untuk 4 orang, mari mari sapa lagi mau join akak sini?
Akak penah menghuni bilik ini sekitar bulan Mei yang lalu selama 4 hari ( 2 kali masuk )
Ini lah wad 6A Hospital Sungai Buluh, cantik maa wad/bilik ni, duduk lama pun sanggup.
Penghargaan yang tidak terhingga pada semua yang terlibat melayan akak. Terima kasih.





Koleksi wanita itu (2)

Lagi wanita itu dengan koleksinya ...ahaks!!
Gambar pertama tu, di layan masa sedang traffic jam dengan hujan renyai2 depan opis R.Lily.

















Koleksi Wanita itu

Wah, siapakan wanita iteww??
Layan je la tapi NOT FOR SALE
































Thursday, October 8, 2009

Cikgu Zabedah / Warden Asrama Puteri 1984/85

Cikgu Bedah ( macam dalam cerita Adik Manja pulak )

Itu lah cikgu yang telah berjasa menjaga kita orang selama 2 tahun.  Sebagai cikgu dan merangkap warden asrama, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa cikgu ni hadapi.  Faham-faham je la perangai kita orang ni, terutama geng KL  ( budak KL sila angkat tangan, ngaku ya ).

Macam akak ni, budak Tanjung Ipoh, kira budak kampung je, memang sedar diri la walaupun terlajak jugak kadang-kadang tu. Lain la, Rohani Ishak, Sharimah Yusof, Sulaiman geng Bahau lagi dikategorikan budak baik ...ahaks.

Kami sedang merancang nak pegi ke rumah Cikgu Bedah ni setelah lebih 20 tahun tak berjumpa. Dekat je kat Port Dickson, on the way ke Bagan Pinang, haah popular sekarang ni Bagan Pinang, Masalah sekarang ni sedang mencari tarikh yang sesuai. tapi disini akak ingin memberi amaran pada sesiapa yang merancang tu, weiii jangan la pegi tarikh 10hb atau 18hb tu, akak ade misi penting, tak bleh pegi.

Oleh itu dengan riak dan bangganya akak mencadangkan minggu berikut nya, 25hb Okt. 2009. OK, semua setujuuuuuuuuuuuuuu !

Jumpa lagi.



Wednesday, October 7, 2009

Aku Kembali

 Akak kembali ....

Wah! cam dasyat je bunyi tajuk tu kan.  Apa pun SELAMAT HARI RAYA untuk semua, kita masih lagi dalam bulan SYAWAL, bulan meraikan AIDIL FITRI @ EID MUBARAK.

Ada beberapa jemputan yang open-house yang tak sempat akak penuhi, mohon maaf kepada yang menjemput.  Hasanah dan Wati Sadikin khususnya, ( amponnnnnnnnnn ) tapi Wati akak tetap akan sampai ke rumah ko walaupun tiada apa-apa majlis.

2 bulan jugak akak seperti terlupa pada blog ini.  Iya lah, ikut kan tiada apa yang istimewa di sini, tempat ni hanya sekadar tempat akak memenuhi masa lapang sahaja dan tempat menyimpan sedikit memori, jauh sekali untuk menandingi sesiapa jua.

Insyallah, selepas ni akak akan cuba untuk mengupdate selalu walau pun hanya sekadar cerita kosong atau sekadar luahan ke-tidakpuas-an hati akak.

Jumpa lagi.