Monday, July 13, 2009

Majlis Bersanding ( Siang )

Sebaik sahaja akad nikah selesai, kami bertandang ke rumah pengantin perempuan. Perkampungan Melayu Bugis yang terletak lebih kurang 2 km dari masjid dimana akak nikah berlangsung tadi.
Majlis berterusan dengan bersanding yang serba sederhana, seterusnya makan tengahari. Dihidangkan dengan lauk pauk yang tidak jauh bezanya dengan majlis kita di Semenanjung. Antara yang paling menarik ialah kuih kodok jagung yang masih panas lagi.
Dengan kawasan yang agak terhad, jenuh jugak la, tak bleh nak bergerak bebas. Paham-paham saja lah semua aktiviti atas pelantar kayu.
Danial adalah orang yang paling sakan bermain atas pelantar kayu.































Majlis Akad Nikah, Kg. Tg Batu Darat, Tawau


Majlis Akad Nikah di Masjid Kg Tg Batu Darat, Tawau pada 27hb Jun 2009.





















Thursday, July 2, 2009

Mutiara, Pasar Gantung Tawau










Ini adalah mutiara & batu kristal Sabah, ada juga yang datangnya dari Filipina. Akakk telah menghabiskan masa berjam-jam dikedai ini. Harganya pula jauh lebih murah dari Pasar Filipin di Kota Kinabalu. Betul-betul lupa diri sekejap, apa nak buat bukan dapat datang selalu....!



Danial - Lobster, Ketam & Ikan , Pasar Tawau










Lobster RM25.00 sekilo
Ketam Nipah RM10.00 sekilo
Udang saiz besar RM15.oo sekilo
Ikan ....paling murah ..ikan sadin hanya RM2.00 sekilo
Punya la mewah kalau duduk Tawau ni.
Kelesterol pun tinggi ....



Majlis Bersanding ( Malam / Purple )

Pada sebelah malam, rombongan pengantin lelaki diminta datang sekali lagi untuk acara memotong kek. Dengan kaler tema "purple" kami pun berarak di dalam malam yang gelap.
Adehhh, kampung ni atas air, kena jalan atas pelantar yang dibuat dari kayu, gelap tak der lampu. Guna lampu kat handphone je, nasib lee tak der sapa yang terjatuh.